
26 Januari 2009
9.00 - Asahan - Acara sukaneka yang dianjurkan oleh Belia4B bersama dengan kerjasama Pemuda telah diadakan di cawangan Desa Mesra Perdana. Pelbagai aktiviti yang telah diselang selikan dengan acara utama iaitu perlalawan bola sepak dengan teka bilangan kacang dan merebut kerusi. Acara sukan ini dikelolai oleh barisan Ajk Belia 4B cawangan desa mesra perdana yang diketuai oleh Faizal Bin Mohd Yusof merangkap Ketua Pemuda cawangan dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian. Hadiah bagi pemenang-pemenang telah disampaikan oleh wakil Belia 4B Melaka iaitu sadara Azman, Ketua Pemuda Bahagian Alor Gajah iaitu saudara Baharudin bin Abu Bakar dan YB R.Perumal selaku Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Asahan seterusnya merasmikan majlis penutup acara tersebut.
Wakil Pemuda bahagian Alor Gajah yang turut hadir memeriahkan lagi suasana majlis ialah Baharudin bin Abu Bakar, Shahril Rohaizad bin Nattershah, Mohammad Radhi bin Datuk Wira Hamdin, Azerol bin Baharudin, Ismail bin Dogol dan Azman bin Hj. Omor.
Comments (0)
Catat Ulasan