Twitter
RSS

Mencari madu lebah

0


25 mei 09 - Mencari madu lebah - Program yang diadakan di kg kemuning dibawah anjuran pemuda UMNO cawangan. Acara bermula pada pukul 9 pagi dan melibatkan aktiviti jungle tracking sejauh 5 km pergi dan balik. Turut hadir wakil dari pemuda bahagian Ismail Dogol, Mohd Hafiz dan Mohd Radhi.

Program ramah mesra pemuda Cawangan Kampung Pulau

0


Durial Tunggal - 8 Mac 2009 - Program diadakan di halaman rumah Ketua Pemuda Cawangan kampung Pulau saudara Ahman Bin abdullah. kehadiran barisan AJK dan pemuda bagi cawangan ini amat menggalakan. Acara telah dipengerusikan oleh Pengerusi Penyelaras DUN Durian Tunggal Saudara Ismail Bin Dogol, perkenalan objektif program oleh Shahril rohaizad Bin Nattershah, Taklimat isu-isu semasa oleh Mohd radzi Bin Datuk Wira Hamdin.Turut hadir wakil pemuda bahagian Saudara Azman Bin Omor dan Saudar Zr. Zambri Bin Majid yang telah melancarkan sesi dialog bersama pemuda cawangan.

Program ramah mesra pemuda Cawangan Bukit Sedanan

0


Asahan - 7 Mac 2009 - Program diadakan di balairaya Bukit Sedanan bermula 9.00 malam. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua pemuda cawangan Muslihi seterusnya sesi penerangan isu-isu semasa oleh wakil pemuda bahagian dan program diakhiri dengan sesi dialog diantara pemuda cawangan dan bahagian.

Wakil bahagian yang hadir Shahril Rohaizad Bin Nattershah.

Sukan Muhibbah Cawangan Kampung Kemuning

0



Machap - 21 Febuari 2009 - Satu sukan muhibah telah diadakan di kampung kemuning. Acara majlis dibuka pada pukul 2.30 ptg-12 mlm dimulai dengan aktiviti pertandingan masakan dan gubahan, pertandingan tarik tali, rebut kerusi, senam arobik, pertandingan make-up dan memek muka. Selain daripada sukan,pemeriksaan kesihatan, booth pendaftaran untuk keahlian UMNO dan SPR juga dibuka. Agensi kerajaan yang turut terlibat ialah Polis Diraja malaysia Hutan Percha dan Kementerian kesihatan.

Wakil pemuda bahagian yang turut hadir adalah Baharudin Bin Abu Bakar, Ismail Bin Haji Dogol, Azman Bin Omar dan Azizul Bin Jaafar. Wakil pemuda Dun Machap saudara Rosli (Kp Cawangan Tebong), Saudara Adi Lodfi Bin Jaafar Neemat (Kp Cawangan Melaka Pindah) dan mantan ajk bahagian dan pengerusi penyelaras Dun Machap saudara Untung Bin Dolah.

Tetamu Khas yang turut hadir adalah Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah merangkap Naib Ketua bahagian Umno Bahagian Alor Gajah iaitu Haji Nordin Bin Ali dan ustad Shamsudin Bin Othman.

Program ramah mesra pemuda Cawangan Paya Datuk

0


Paya Datuk - 17 Febuari 2008

9.00 mlm - DUN Gadek - Satu program ramah mesra Pemuda UMNO Cawangan Paya datuk telah diadakan di Balai Raya Paya Datuk.

Wakil Pemuda bahagian yang turut hadir ialah Shahril Rohaizad Bin Nattershah,Mohd Radhi bin Datuk Wira Hamdin. Wakil Pemuda Dun Gadek Sabirin (Kp Cawangan Gadek) dan Rizal Bin Taha (Kp Cawangan Pegoh).

Himpunan Menjunjung Kasih - Daulat Tuanku

0
Pemuda Barisan Nasional (BN) dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada hari Sabtu - 19 February 2009, menganjurkan satu perhimpunan raksasa bagi menyatakan sokongan kepada Raja-raja Melayu atas pelantikan Menteri Besar Perak yang baru, perhimpunan raksasa tersebut diadakan di Dewan Tun Razak 1, PWTC,
Hampir 10,000 rakyat terdiri daripada wakil-wakil pemuda bahagian dari seluruh negeri turut menyertai perhimpunan raksasa tersebut, turut dihadiri oleh beberapa pemimpin Pemuda Umno, veteran UMNO, NGO dan Ketua-ketua Pemuda parti komponen lain.
Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah yang diketuai oleh Ketua Pemuda Sdr. Baharudin Abu Bakar serta AJK turut serta memberi sokongan kepada perhimpunan itu.
Selain ucapan daripada wakil-wakil parti komponen BN dan NGO, para hadirin turut melaungkan 'Daulat Tuanku'.
Mereka juga melaungkan desakan supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan menyatakan hasratnya menyaman Sultan Azlan Shah.
Mereka turut mendesak bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan segala tindak-tanduk menderhaka titah Sultan Perak.
Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Malaysia sememangnya merasa kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang menderhaka terhadap titah sultan dan juga arahan Sultan Perak dan dimana negara kita ialah negara yang berpelembagaan mempunyai kedaulatan undang-undang.

Program ramah mesra pemuda Cawangan Padang Kerbau

0



Padang Kerbau - 15 Febuari 2008

5.00 ptg - Durain Tungaal - Satu program ramah mesra Pemuda UMNO Cawangan Padang Kerbau telah diadakan di padang bola sepak cawangan tersebut. Program dimulakan dengan ucapan oleh ketua pemuda cawangan saudara Azman Bin Hj Omor yang juga merangkap AJK Pemuda Bahagian, seterusnya ucapan daripada saudara Shahril Rohaizad Bin Nattershah dan program diakhiri dengan dialog diantara pemuda cawangan dan bahagian. Turut juga membantu wakil daripada Pemuda Bahagian iaitu saudara Zr. Zambri Bin Md Rashid AJK pemuda Bahagian dan saudara Ismail Bin Hj Dogol AJK Pemuda Bahagian merangkap Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN Durian Tunggal.