


Pegoh - 4 Febuari 2008
9.00 mlm - Gadek - Satu program ramah mesra Pemuda UMNO Cawangan Pegoh telah diadakan dirumah ketua Cawangan Pegoh En. Zahari Mat Som merangkap Bendahari UMNO Bahagian. Program ini telah diadakan bagi tujuan untuk merapatkan hubungan siratulrahim diatara Pemuda Cawangan dan Bahagian disamping penerangan dan perbincangan mengenai isu-isu semasa. Acara telah dimualakan dengan pengucapan alu-aluan oleh ketua Cawangan Pegoh, ucapan dari Ketua Pemuda Cawangan Pegoh iaitu saudara Rizal Bin Taha, sesi penerangan mengenai isu-isu semasa oleh Shahril Rohaizad Bin Nattershah, sesi berdialog bersama pemuda cawangan oleh Mohd Radhi Bin Datuk Wira Hamdin dan diakhiri dengan pengulungan oleh ketua cawangan.
Wakil Pemuda bahagian yang turut hadir ialah Shahril Rohaizad Bin Nattershah dan Mohd Radhi bin Datuk Wira Hamdin.
Comments (0)
Catat Ulasan