Himpunan Menjunjung Kasih - Daulat Tuanku

Pemuda Barisan Nasional (BN) dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada hari Sabtu - 19 February 2009, menganjurkan satu perhimpunan raksasa bagi menyatakan sokongan kepada Raja-raja Melayu atas pelantikan Menteri Besar Perak yang baru, perhimpunan raksasa tersebut diadakan di Dewan Tun Razak 1, PWTC,
Hampir 10,000 rakyat terdiri daripada wakil-wakil pemuda bahagian dari seluruh negeri turut menyertai perhimpunan raksasa tersebut, turut dihadiri oleh beberapa pemimpin Pemuda Umno, veteran UMNO, NGO dan Ketua-ketua Pemuda parti komponen lain.
Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah yang diketuai oleh Ketua Pemuda Sdr. Baharudin Abu Bakar serta AJK turut serta memberi sokongan kepada perhimpunan itu.
Selain ucapan daripada wakil-wakil parti komponen BN dan NGO, para hadirin turut melaungkan 'Daulat Tuanku'.
Mereka juga melaungkan desakan supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilaporkan menyatakan hasratnya menyaman Sultan Azlan Shah.
Mereka turut mendesak bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya menghentikan segala tindak-tanduk menderhaka titah Sultan Perak.
Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Malaysia sememangnya merasa kecewa dengan tindakan beberapa pihak yang menderhaka terhadap titah sultan dan juga arahan Sultan Perak dan dimana negara kita ialah negara yang berpelembagaan mempunyai kedaulatan undang-undang.

Comments (0)