




8 Febuari 2009
11.30 pagi - Bandar Hilir - Berlaku satu demonstrasi yang membantah tindakan Kepimpinan PKR Perak yang derhaka serta mencabar Maruah serta Martabat orang melayu apabila secara terang-terangan mantan Menteri Besar YB Ir. Nizar yang membuat sembah derhaka untuk mengingkar perintah Sultan Perak supaya meletak jawatan dan begitu juga dengan pemimpin no 1 DAP iaitu Karpal Singh yang membuat kenyataan ingin mengemukakan saman kepada Sultan Perak walaupon tidak mendapat restu daripada barisan kepimpinan PKR itu sendiri.
Seramai 300 orang berhimpun dari 11 pagi hingga 2.00 petang dihadapan Mahkota Parade yang terdiri daripada NGO badan politik iaitu Pemuda dan Puteri UMNO negeri melaka, Pertubuhan Belia 4B dan Pekida.
Comments (0)
Catat Ulasan