SEJARAH PENUBUHAN PEMUDA UMNO

0
Sejarah Penubuhan Pemuda UMNO
Pergerakan Pemuda lahir tiga tahun setelah tertubuhnya UMNO. Pada mulanya ia dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan penubuhannya berlaku di perhimpunan agung UMNO yang bersidang di Butterworth pada 26 Ogos 1946. Kapten Hussein Onn telah dipilih mengetuainya.

Sejak itu lahirlah satu tenaga penggerak dan pendorong yang gigih dalam UMNO dan bertindak sebagai tulang belakang dan sayap kanan kepada seluruh perjuangan UMNO hingga sekarang.

Pemuda menjadi pelapor kepada banyak kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO dan ramai pemimpin Pemuda kemudiannya mengambil alih tugas-tugas penting dalam kerajaan.

Apabila Hussein Onn dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO, Dato Abdul Razak bin Hussein telah dipilih memegang teraju pergerakan Pemuda. Namun Abdul Razak merasakan bahawa lebih wajar baginya melibatkan diri dalam badan induk parti. Persefahaman telah tercapai bagi dia bertukar tempat dengan Sardon Jubir

Perjuangan UMNO pada masa itu ialah membebaskan Negara dari penjajah British dan Pemuda menjadi penggerak penting. Sardon berjaya mengubahkan cogankata UMNO dari HIDUP MELAYU kepada MERDEKA bagi meniupkan bara kemerdekaan ke dalam diri setiap pemuda dan memilih 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan.

Selepas 13 tahun, pimpinan Pergerakan Pemuda beralih kepada Senu Abdul Rahman pada 1964. Semangat Pemuda Tahan Lasak dan buku Rovolusi Mental diperkenalkan bagi mengubah pemikiran orang Melayu.

Harun Idris mengambil alih pimpinan Pemuda pada 1971 dan dibawahnya Pemuda membawa imej sebagai kumpulan pendesak. Ketika itu Dasar Ekonomi Baru sedang diperkenalkan oleh kerajaan dan Pemuda memainkan peranan penting bagi melaksanakannya.

Syed Jaafar Albar muncul sebagai Ketua Pemuda pada 1976 dan berupaya merapatkan semua pengerakan itu kepada parti induk. ‘Singa UMNO’ ini hanya sempat memegang teraju selama enam bulan apabila dia meninggal dunia.
Pimpinan Pemuda UMNO jatuh ke tangan Suhaimi Kamaruddin pada 1977 dan beliau cuba menukar slogan perjuangan kepada ‘Pemuda Era Bertindak’.

Suhaimi tidak berupaya mempertahankan jawatannya di pemilihan pada 1982. Tempatnya diambil alih oleh Anwar Ibrahim, seorang bekas pemimpin pelajar dan belia yang popular dan berkesan.

Di bawah Anwar Pengerakan Pemuda kembali bersemangat dan beliau berjaya membawa pemuda seiring dengan perubahan pemerintahan ke era baru. Beliau menggesa supaya Pemuda menjadi Angkatan Penggerak Zaman dengan mengutarakan agenda membasmi resuah dan kemiskinan serta mempunyai memberi peluang hak bersuara dan menyampaikan kritikan.

Anwar tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda pada 1987 sebaliknya bertanding dengan jayanya bagi kerusi Naib Presiden. Gagasan Anwar diteruskan oleh Najib Tun Razak yang juga mengadakan perhubungan rapat dengan semua peringkat kepimpinan dengan menganjurkan kursus ‘Siri Perdana’.

Selepas Najib, pimpinan beralih kepada Abdul Rahim Tamby Chik. Belum genap setahun mengetuai Pergerakan Pemuda, Rahim terpaksa berundur buat seketika bagi menyelesaikan masalah peribadinya dan jawatan Ketua telah dipangku oleh Nazri Aziz. Rahim kemudiannya kembali memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Januari 1996.

SEJARAH PENUBUHAN UMNO

0
Sejarah Penubuhan UMNO
Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Mencari madu lebah

0


25 mei 09 - Mencari madu lebah - Program yang diadakan di kg kemuning dibawah anjuran pemuda UMNO cawangan. Acara bermula pada pukul 9 pagi dan melibatkan aktiviti jungle tracking sejauh 5 km pergi dan balik. Turut hadir wakil dari pemuda bahagian Ismail Dogol, Mohd Hafiz dan Mohd Radhi.

Program ramah mesra pemuda Cawangan Kampung Pulau

0


Durial Tunggal - 8 Mac 2009 - Program diadakan di halaman rumah Ketua Pemuda Cawangan kampung Pulau saudara Ahman Bin abdullah. kehadiran barisan AJK dan pemuda bagi cawangan ini amat menggalakan. Acara telah dipengerusikan oleh Pengerusi Penyelaras DUN Durian Tunggal Saudara Ismail Bin Dogol, perkenalan objektif program oleh Shahril rohaizad Bin Nattershah, Taklimat isu-isu semasa oleh Mohd radzi Bin Datuk Wira Hamdin.Turut hadir wakil pemuda bahagian Saudara Azman Bin Omor dan Saudar Zr. Zambri Bin Majid yang telah melancarkan sesi dialog bersama pemuda cawangan.

Program ramah mesra pemuda Cawangan Bukit Sedanan

0


Asahan - 7 Mac 2009 - Program diadakan di balairaya Bukit Sedanan bermula 9.00 malam. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua pemuda cawangan Muslihi seterusnya sesi penerangan isu-isu semasa oleh wakil pemuda bahagian dan program diakhiri dengan sesi dialog diantara pemuda cawangan dan bahagian.

Wakil bahagian yang hadir Shahril Rohaizad Bin Nattershah.

Sukan Muhibbah Cawangan Kampung Kemuning

0



Machap - 21 Febuari 2009 - Satu sukan muhibah telah diadakan di kampung kemuning. Acara majlis dibuka pada pukul 2.30 ptg-12 mlm dimulai dengan aktiviti pertandingan masakan dan gubahan, pertandingan tarik tali, rebut kerusi, senam arobik, pertandingan make-up dan memek muka. Selain daripada sukan,pemeriksaan kesihatan, booth pendaftaran untuk keahlian UMNO dan SPR juga dibuka. Agensi kerajaan yang turut terlibat ialah Polis Diraja malaysia Hutan Percha dan Kementerian kesihatan.

Wakil pemuda bahagian yang turut hadir adalah Baharudin Bin Abu Bakar, Ismail Bin Haji Dogol, Azman Bin Omar dan Azizul Bin Jaafar. Wakil pemuda Dun Machap saudara Rosli (Kp Cawangan Tebong), Saudara Adi Lodfi Bin Jaafar Neemat (Kp Cawangan Melaka Pindah) dan mantan ajk bahagian dan pengerusi penyelaras Dun Machap saudara Untung Bin Dolah.

Tetamu Khas yang turut hadir adalah Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah merangkap Naib Ketua bahagian Umno Bahagian Alor Gajah iaitu Haji Nordin Bin Ali dan ustad Shamsudin Bin Othman.

Program ramah mesra pemuda Cawangan Paya Datuk

0


Paya Datuk - 17 Febuari 2008

9.00 mlm - DUN Gadek - Satu program ramah mesra Pemuda UMNO Cawangan Paya datuk telah diadakan di Balai Raya Paya Datuk.

Wakil Pemuda bahagian yang turut hadir ialah Shahril Rohaizad Bin Nattershah,Mohd Radhi bin Datuk Wira Hamdin. Wakil Pemuda Dun Gadek Sabirin (Kp Cawangan Gadek) dan Rizal Bin Taha (Kp Cawangan Pegoh).